Image Banner

PERLANTIKKAN PENYELARAS DIVISI BAHAGIAN TAHFIZ AL HUFFAZ HUJUNG MINGGU

UPDATE 20 JANUARI 2026 - PERLANTIKKAN PENYELARAS DIVISI BAHAGIAN TAHFIZ AL HUFFAZ HUJUNG MINGGU

Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, pihak Usratul Huffaz dengan ini memaklumkan bahawa satu pelantikan rasmi telah dibuat bagi memperkukuh pengurusan dan pelaksanaan kelas tahfiz di bawah organisasi ini.

Butiran Pelantikan:
- Nama: Muallim Ameen Saifullah bin Amirruddin
- Jawatan: Penyelaras Divisi
- Bahagian: Kelas Tahfiz Al Huffaz

Pelantikan ini berkuat kuasa mulai 21 Januari 2026 dan bertujuan untuk memastikan pengurusan, pemantauan serta pelaksanaan Kelas Tahfiz Al Huffaz berjalan dengan lebih tersusun, berfokus dan selari dengan objektif serta matlamat penubuhan Usratul Huffaz.

Pihak Usratul Huffaz merakamkan keyakinan terhadap keupayaan Muallim Ameen Saifullah dalam memikul amanah ini, serta mendoakan agar beliau dikurniakan kekuatan, keikhlasan dan keteguhan iman dalam melaksanakan tanggungjawab dengan penuh kecintaan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.

Seluruh warga dan keluarga besar Usratul Huffaz diseru untuk memberikan sokongan dan kerjasama penuh demi kelangsungan dakwah, pendidikan dan pembangunan generasi Huffaz.

Tahniah dan selamat menjalankan amanah.

Ikhlas daripada
Divisi Pusat Pentadbiran Usratul Huffaz

MORE

PERLANTIKKAN TIMBALAN PENGURUS BESAR DIVISI PUSAT USRATUL HUFFAZ

UPDATE 10 DISEMBER 2025 - PERLANTIKKAN TIMBALAN PENGURUS BESAR DIVISI PUSAT USRATUL HUFFAZ

Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, sukacita dimaklumkan bahawa Usratul Huffaz telah membuat pelantikan rasmi dan telah mengumumkan dalam mesyuarat rasmi tempohari :

📌 Nama: Coach Kamal Naqib bin Karim
📌 Jawatan: Timbalan Pengurus Besar
📌 Bahagian: Divisi Pusat Pentadbiran Usratul Huffaz

Pelantikan ini berkuat kuasa pada 12 Disember 2025 bagi membantu memperkukuh urusan pentadbiran, pengurusan dalaman serta memastikan gerak kerja Usratul Huffaz berjalan lebih tersusun, amanah dan berfokus selari dengan matlamat serta hala tuju penubuhan Usratul Huffaz.

Kami mendoakan agar Coach Kamal Naqib diberikan kekuatan, hikmah dan keteguhan iman dalam memikul amanah ini, serta terus berpegang teguh kepada nilai ukhuwah, profesionalisme dan ketaqwaan kepada Allah SWT.

Marilah kita sama-sama memberikan sokongan dan kerjasama penuh demi kemajuan keluarga besar Usratul Huffaz.

Tahniah dan selamat menjalankan amanah.

Ikhlas daripada
Divisi Pusat Pentadbiran Usratul Huffaz

MORE

SUMBANGAN DERMA KILAT AHMAD NUR IRFAN

Dengan penuh rasa rendah hati, kami ingin menitipkan khabar tentang seorang anak dalam keluarga kita yang bernama Ahmad Nur Irfan bin Ahmad Rafi’e, anak Keluarga Huffaz generasi ke-5.

Dalam perjalanan pulang dari menunaikan solat Jumaat, anakda Irfan telah diuji dengan satu kemalangan yang menyebabkan kecederaan serius pada bahagian kakinya. Sehingga hari ini, Irfan masih belum mampu berdiri seperti sediakala kerana tulangnya belum bercantum dan memerlukan rawatan lanjut.

Menurut pihak doktor, Irfan perlu menjalani pembedahan kedua bagi memasukkan besi di bahagian luar tulang untuk membantu proses penyembuhan yang lebih baik. Pembedahan ini melibatkan 6 batang besi, dengan anggaran kos keseluruhan sekitar RM4,000 hingga RM5,000, di mana setiap batang berharga RM900.

Doktor turut memaklumkan bahawa sekiranya pembedahan ini tidak dapat dilakukan, rawatan alternatif yang ada ialah memasukkan besi di dalam tulang. Namun pilihan ini memberi kesan yang amat besar buat masa depan anakda Irfan, kerana ia akan menyebabkan kehilangan kira-kira 2 inci ketinggiannya pada sebelah kaki untuk sepanjang hayat.

Sebagai sebuah keluarga Huffaz, kami percaya tiada ujian yang perlu ditanggung sendirian. Dengan penuh rendah hati, kepada sesiapa yang berlapang dada dan ingin membantu meringankan beban keluarga Huffaz kita, khususnya Pn. Norhanim, ibu kepada anakda Irfan, sumbangan boleh disalurkan melalui maklumat berikut

*Maklumat sumbangan Ke Akaun Ibunya*
Nama: Norhanim binti Lamin
Bank: Bank Rakyat
No. Akaun: 2200 8844 2291
Reference: Sumbangan Irfan

Kami amat menghargai setiap sumbangan, sekecil mana pun nilainya, serta setiap doa yang dititipkan. Semoga Allah membalas segala kebaikan dengan ganjaran yang berlipat ganda dan mengurniakan kesembuhan yang sempurna buat anakda Irfan.

Terima kasih atas kasih sayang, keprihatinan dan ukhuwah seluruh keluarga Huffaz dan semua orang yang menyumbang.
Mudah-mudahan Allah mengikat hati kita semua dalam rahmat dan keberkatannya. Insyallah Allahumma Aamiin

MORE

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2025

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2025 
(25 Nov - 23 Dis 2025)

Buat semua calon SPM 2025 di seluruh Malaysia teruslah melangkah dengan hati yang tenang, jiwa yang penuh harapan, dan usaha yang tidak pernah berhenti. SPM bukan sekadar peperiksaan, tetapi satu perjalanan penting menuju masa depan yang Allah sedang susunkan untuk kalian.

Khususnya buat Anak-Anak Keluarga Huffaz yang akan menduduki SPM tahun ini:

1.Fauzul Naim Bin Burhanudin
— SMK Seri Bera, Bera Pahang
2.Ahmad Saifuzzameer Bin Saifulza
—SMK Air Keroh, Air Keroh Melaka
3.Muhammad Fareez Zaqwan Bin Fadil
—SMK Temerloh, Temerloh Pahang
4.Zahirul Haq Bin Ahmad Zailan
—SMK Temerloh, Temerloh Pahang
5.Lukman Haziq Bin Muhammad Amir
—SMJKC Triang, Triang Pahang
6.Muhammad Razin Bin Abd Aziz
—SMK Tun Mutahir, Sungai Putat Melaka
7.Mohamad Asiff Daniel Bin Ahmad Nazri
—SMK Tun Mutahir, Sungai Putat Melaka
8.Muhammad Syahmi Ibrahim Bin Mukriz
—SM Imtiyaz Ulul Albab, Masjid Tanah Melaka
9.Afif Ahza Bin Azrul Azwan
—MRSM Tun Ghafar Baba , Jasin Melaka
10.Muhammad Haris Bin Muhadir
—SMA Haji Mohd Yatim, Kota Negeri Sembilan
11.Muhammad Faris Amsyar Bin Mohd Sharmizi
— SBPI Selandar, Jasin Melaka
12.Muhammad Riyaz Bin Zulkifli
— SM Teknik Bukit Piatu Melaka
13.Nur Umairah Darina Binti Muhammad Rahmat
— MRSM Gemencheh, Negeri Sembilan
14.Nur Aufa Binti Mazree
— SMK Agama Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
15.Eryna Zulfah Binti Zaid
—SMK Air Keroh, Melaka
16.Adlina Amani Binti Zainul Ariffin
—SMKA Tun Perak, Jasin Melaka
17.Tengku Ahmad Akif Iqbal Bin Tengku Ahmad Afifi
—MRSM Alor Gajah, Melaka
18.Nur Jannathulhusna binti Asrul Hisham
—SMA Al Asyraf , Alor Gajah Melaka

Kami seluruh Warga & Keluarga Huffaz mendoakan agar kalian diberikan kelapangan hati, ketenangan fikiran, dan kekuatan ilmu sepanjang menghadapi setiap kertas peperiksaan.

فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ
(Surah Ali Imran : 159)
“Apabila kamu telah berazam, maka bertawakkallah kepada Allah.”

Ya Allah.. Kau berkatilah setiap usaha anak-anak ini, Kau terangilah hati mereka dengan kefahaman, Kau teguhkan jiwa mereka dengan keyakinan, Kau mudahkanlah setiap soalan yang bakal mereka hadapi.

اَللَّهُمَّ لَا سَهْلَ إِلَّا مَا جَعَلْتَهُ سَهْلًا، وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلًا
“Ya Allah, tiada yang mudah melainkan apa yang Engkau permudahkan; dan perkara yang sukar Engkau mampu menjadikannya mudah.”

Anak-ii Huffaz, taburkan usaha sehabis daya, Iringi dengan doa yang tidak pernah putus, Kemudian serahkan segalanya kepada Allah kerana Dialah sebaik-baik Penentu rezeki dan kejayaan.

Kepada semua calon SPM 2025 di seluruh Malaysia, Semoga Allah memudahkan urusan kalian, melapangkan dada, dan memberkati setiap titik peluh serta usaha yang telah dicurahkan. InsyaAllah, hasilnya kelak menjadi hadiah yang membanggakan keluarga, agama dan bangsa.

KEJAYAAN ANDA, KEBANGGAAN KAMI. 

MORE

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPKK 2025

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPKK 2025
(17–20 November 2025)

Teristimewa buat semua calon UPKK 2025…
teruskan melangkah dengan semangat, adab dan keyakinan diri. Peperiksaan ini adalah sebahagian daripada perjalanan menuju kejayaan dunia dan akhirat.

Khususnya buat Anak-Anak Keluarga Huffaz yang akan menduduki UPKK tahun ini:

1) Muhammad Rizqi Khalish bin Mohd Fakhiruddin
— SRA JAIM Kelebang Besar, Melaka
2) Nur Naila Alifa binti Dedy Hishamudin
— SRA Taman Bukit Rambai, Melaka
3) Muhammad Darwisy bin Mohd Fithri
— SRA JAIM Klebang Besar, Melaka
4) Ammar Hassan bin Amirul Ikhwan
— Sekolah Rendah Islam I-Musleh, Melaka
5) Anis Aulia binti Nor Azlan
— Sekolah Rendah Islam Kiblah
6) Muadz Zahin bin Mohd Samsul
— SK Durian Tunggal, Melaka
7) Ahmad Fayyadh bin Hishamuddin
— SRA JAIM Ayer Panas Bemban, Melaka
8)Muhammad Haziq Rayyan bin Ahmad Faizal
— SRIIDU Rembau, Negeri Sembilan
9) Nur Aisyah Sufiyyah binti Mohd Zulhaimi
— SRA JAIM Seri Bandar, Melaka
10) Ammar Rafis Bin Zakaria
— SRA JAIM SEMABOK, Melaka

Kami seluruh Warga & Keluarga Huffaz mendoakan agar kalian sentiasa diberikan kelapangan hati, ketenangan jiwa dan kecerdasan fikiran sepanjang menghadapi peperiksaan ini.

Semoga Allah memberikan ketenangan, kesihatan yang baik dan kelancaran dalam menjawab setiap soalan. Selamat berjuang wahai para pewaris Keluarga Huffaz!

Ya Allah…
Kurniakanlah kepada anak-anak ini keberkatan dan kefahaman terhadap ilmu yang telah dipelajari, kebijaksanaan dalam menjawab soalan, serta kemudahan dalam setiap urusan mereka.

اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً، وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً

“Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara susah akan Engkau jadikan mudah jika Engkau mengkehendakinya.”

Taburkanlah usaha sepenuhnya, iringilah dengan doa tanpa jemu kemudian bertawakkallah kepada Allah. Kejayaan itu dekat untuk mereka yang tidak pernah berhenti berusaha.

فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ
(Surah Ali Imran : 159)
“Kemudian apabila kamu telah berazam, maka bertawakkallah kepada Allah.”

Kepada semua calon UPKK seluruh Malaysia, semoga Allah memudahkan urusan kalian dan memberkati setiap titik usaha yang telah dicurahkan. InsyaAllah, hasilnya kelak akan membanggakan keluarga, agama dan bangsa. Insyaallah Allahumma Aamiin

KEJAYAAN ANDA, KEBANGGAAN KAMI.

MORE

Image News
Image News

Image Banner